PORT NASI LEMAK AYAM SEDAP DI KL

Banyak2 port Nasi Lemak dekat KL ni, tempat ni lah yang Adam Altamis selalu minta nak makan walaupun dia masih duk dalam perut lagi.

Teringat Dila masa awal2 pregnenkan Adam, even time tu tengah sakit perut macam senggugut, sanggup lagi ajak husben p makan dekat sini.

Hakikatnya time tu rasa nak terguling2 dah menahan sakit. Sakit macam nak bersalin. Tapi masa tu belum lagi lah nak bersalin. Baru 3 ke 4 bulan kot pregnen.

Kat mana port Nasi Lemak tu?

PAK TEH CHAR KOAY TEOW & NASI LEMAK AYAM

Tapi kami tak panggil pun Nasi Lemak Pak Teh. Kami panggil Nasi Lemak Janda. Entah bila Pak Teh jadi janda pun tak tahu. 😝

Husben Dila lah memandai bagi tahu nama tempat ni Nasi Lemak Janda. Cheet sungguh!! 😒

IMG_4984

Untuk sampai kat tempat ni, korang boleh je google atau Waze. Kedai ni betul2 dekat dengan bangunan  UMNO situ.

IMG_4983

Ni dia hasil order makanan kami.

IMG_4288

Makanan yang korang WAJIB cuba adalah NASI LEMAK AYAM dia. Kalau jenis suka makan sambal, better minta extra sambal. Sepinggan besar sambal dia bagi kat korang.

Dila paling suka ayam dia. Garing2 gituh. Nasi lemak dia pun lembut, cukup rasa lemak. Kalau makan buat sarapan, boleh kecundang tak sampai sejam.

Tapi jangan risau, lepas korang makan Nasi Lemak Pak Teh ni, nak terbongkang pun boleh sebab kedai ni bukapetang sampai malam.

Jangan lupa ambil Omega Guard tau lepas makan. (Sempat selit Shaklee disiti. Kih3)

Untuk Char Koay Teow pula, bagi Dila so-so sahaja. Ada tempat lain yang lebih sedap macam Char Koay Teow Sg. Dua dekat Puncak Jalil tu.

Tapi kalau teringin order jelah yeop.

IMG_4285

Ada juga gerai sate dan juga otak2 disitu.

Tapi seriously, bila makan dekat sini, jangan lepak lama2 tau. Sebab pelanggan dia memang ramai. So kesian siapa yang datang jauh2 dengan angkut anak2 nak kena tunggu meja.

Tapi kalau tak ramai orang, nak lepak lama2 pun ikut korang lah. Yang penting jangan lupa tengok kiri dan kanan. Mana tahu ada yang lebih berkeperluan untuk dapatkan meja.

Kita mudahkan urusan orang lain, InshaAllah Allah akan midahkan urusan kita.

Dan kalau merokok, tolong pandang kiri kanan juga ye. Sian anak2 kecil yang baru nak hidup dekat dunia. Pesanan khidmat masyarakat daripada hakak Padylah. 😉

IMG_4291.JPG

Anak Dara menjamu selera. Dia makan nasi je pun dah berselera. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s