LANDMARK STUDY – Bukti Shaklee Supplement Terbaik Di Dunia

Zaman kini, terlalu banyak lambakan produk supplemen dipasaran.

Jika kita ke farmasi untuk mencari multivitamin, beratus jenis jenama kita akan jumpa.

Sehingga kita keliru untuk memilih mana yang bagus dan terbaik untuk diri kita.

Setiap jenama pasti menjanjikan mereka yang terbaik. Tapi sejauh mana kebenarannya?

Berbeza dengan Shaklee, sebuah kajian telah dijalankan untuk membuktikan kebaikannya..

 

Bagaimana Ia Bermula

Roger Barnett membeli Shaklee pada tahun 2004, beliau sering mendengar para pengguna suplemen Shaklee mengatakan tentang fenomena produk Shaklee yang amat bagus dan amat baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, tiada bukti ke atas pernyataan tersebut atau ianya hanyalah khabar angin semata-mata.

Oleh kerana itu, beliau mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang suplemen Shaklee dengan pengguna yang lain.

Roger Barnett, Pengerusi & CEO

 

Bagaimana Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee Ini Dijalankan

Ia telah dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan-pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis suplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan kesihatan Kebangsaan (NHANES).

1502207650085.jpeg

Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) mempunyai data yang terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya keatas pengguna tidak mengambil suplemen dengan para pengguna mengambil sejenis suplemen.

Maklumat berkenaan diet dan pengambilan suplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang mengambil pelbagai suplemen Shaklee dalam jangka masa panjang lebih 20 tahun.

UC Berkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan.

Shaklee merupakan satu-satunya syarikat suplemen di dunia yang berani mengambil langkah untuk melakukan kajian ini. Kami katakan berani kerana,

1. Kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, bukan saintis Shaklee.
2. Apajua hasil keputusan wajib di umumkan, walaupun ia tidak memberi imej yang baik untuk Shaklee.
3. Kos kajian melibatkan jutaan USD.

F18751AD-EF67-48CE-B61F-8B2F8BB4E464-13906-00000DACBD8D42AC

Apabila kajian ini selesai, UC Berkeley telah menghubungi penerbit Shaklee mahukan ianya disemak oleh penilai sejawat – piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para pakar saintifik bebas untuk mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan.

Diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 2007, ini adalah kajian bebas oleh Universiti California, Berkeley terhadap corak pengambilan nutrisi, tahap kesihatan, status pemakanan suplemen para pengguna dalam jangka masa panjang.

Sebuah Kajian Unggul: Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee merupakan kajian pertama yang seumpamanya bagi para pengguna suplemen yang menunjukkan bahawa para pengguna suplemen Shaklee jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis suplemen.

Dalam kajian ini, kami mendapati pengguna pelbagai suplemen jangka masa panjang mempunyai;

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan suplemen.

Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis suplemen.

Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis suplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini menemui tahap Vitamin D dan zat besi yang sihat dan selamat- nutrien di mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

Para pengguna pelbagai suplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolesterol HDL dan bacaan yang rendah bagi trigliserida, dimana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah.

Peningkatan dalam pengambilan suplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein C-reaktif (CRP) yang lebih rendah-penanda bagi keradangan tahap rendah.

Secara amnya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai suplemen berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang suplemen.

Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai suplemen mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap peningkatan tekanan darah, kencing manis dan lebih ramai berasa kesihatan mereka adalah “lebih baik atau hebat”.

Tiada seorang pun peserta daripada 278 pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee daripada kajian ini mempunyai peningkatan tahap CRP (>3.0mg/L) yang dikenalpasti sebagai “berisiko tinggi” oleh Pertubuhan Jantung Amerika.

Pengguna suplemen Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai taraf kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding pengguna suplemen jenama lain, ataupun yang tak makan suplemen langsung.

Kami tak reka sendiri keputusan ini tau. Anda boleh baca sendiri di landmarkstudy.com.

Hasil keputusan landmark study ini telah di senaraikan dalam Nutrition Journal, 24 Oktober 2007.

Juga telah dimasukkan di dalam PubMed Oktober 2007, National Library of Medicine and the National Institutes of Health.

IMG_4823

Klik gambar untuk tonton video pendek tentang Landmark Study Shaklee

IMG_4793

Menurut Dr. Gladys Block, hasil kajian landmark study sangat mengujakan, dan ia menyokong potensi khasiat pengambilan suplemen Shaklee dalam jangamasa panjang. Namun, kesan ini langsung tidak boleh disamakan dengan kesan suplemen dari jenama lain.

1502207699112

Ini menunjukkan tidak semua suplemen itu adalah sama.

Yang penting anda kena pastikan suplemen yang anda ambil itu berkesan. Lebih bagus jika ada Landmark Study untuk membuktikan suplemen yang anda ambil itu selamat.

Ini penting, supaya kesihatan anda tidak terjejas. Kita makan suplemen untuk jadi bertambah sihat, bukan sebaliknya. Setuju tak?

Gaya Hidup Dan Pemakanan Boleh Mencipta Kelainan Sebenar

Hasil Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee membantu dalam membuktikan apa yang Shaklee promosikan selama ini.

Gaya hidup sihat Shaklee untuk jangka masa panjang adalah lebih daripada suplemen.

Ia merangkumi pilihan makanan harian yang sihat, juga senaman secara teratur utnuk mencapai kesihatan dan kecergasan yang optimun.

Mulakan langkah anda hari ini untuk kesihatan secara menyeluruh.

Ramai pengguna Shaklee sudah alami #ShakleeEffect. Ada yang hajat bertukar jenama, kembali semula kepada Shaklee.

Anda ingin alami #ShakleeEffect yang bukan sahaja Dila sahaja sudah alami, malah hampir seluruh dunia termasuk angkasawan NASA?

Hubungi Dila untuk konsultasi dan tempahan.

IMG_1643

ATAU segan nak contact Dila, boleh je klik gambar dibawah ni, kemudian tick produk yang anda inginkan.

eb700-beli_vitamin_online

ATAU dapatkan lebih penjimatan dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW , dan isi borang tau.

10384015_499664860164042_4909076402326347859_n-600x349

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s