RESEPI KEK BATIK YANG SEDAP, SENANG DAN CRUNCHY

Hari ni tetiba terasa nak berkongsi resepi kek batik berhantu Dila.

Last rasa buat kek batik ni masa Maira dalam perut. Masa tu ligat duk letak dekat kedai area rumah sampai laa ni tak ambil lagi duit jualannya. Dan kedai tu pun dah tutup dah. Hahaha.. šŸ˜‚

Anggap jelah bukan rezeki kita. Tapi entah kenapa, setiap kali nampak kek batik, mesti teringat peristiwa diatas. Seriously, move on Dila. Move on.

Btw, Dila nak kongsikan resepi KEK BATIK yang bagi Dila sedap lah sampai orang boleh repeat .

 

 

Sampai adik Dila pun guna resepi yang sama. Dan kawan2 dia puji. Nampak tak kesedapan dia tahap orang tak leh resist. Ekekeke

Jom cikedout resepi yang senang gila, tapi perlukan ketabahan dan tenaga yang tinggi.

Jangan pelik bila tetiba tangan korang ada muscle lepas buat kek batik ni. Ekeke šŸ˜


RESEPI KEK BATIK

Bahan-bahan

– 250g planta / buttercup
– 200g serbuk milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 sudu kecil ekstrak vanilla
– Ā¾ tin susu pekat
– 1 paket biskut marie ( biskut dipecah 4 atau 2)

IMG_2222

Bahan-bahan untuk Kek Batik paling sedap di alam semesta

IMG_2223

Biskit ni korang karate sikit bagi dia pecah 4

 

Cara-caranya…

 

1. Cairkan Planta didalam kuali. Selepas cair masukkan susu pekat.

IMG_2224

Nak cepat cair, potong dadu sikit. Nak potong serong ke bulat2 pun boleh. Janji dia cepat cair.

IMG_2226

Dah cair, masukkan susu pekat pula. Korang agak2 jelah 3/4 tin tu. Kalau rajin, ukur guna pembaris. Kih3

 

2. Gaul sehingga ada buih2 kecil. Guna api perlahan tau.

IMG_2227

Gaul sampai diaorang tak gaduh. Biar diaorang mesra bersama.

IMG_2232

Macam mana nak tahu diaorang dah bermesra? Haa, bila ada buih2 kecil tu.

 

3. Masukkan estrak vanilla dan gaul sebentar.

IMG_2233
Jangan lupa abang Vanilla kita. Hakak sukat guna penutup je uolls.

4. Masukkan serbuk milo bersama serbuk koko didalam adunan. Kacau sehingga tiada ketulan sambil2 tu bolehlah berselawat sekali. Proses mengacau ni agak lama. Tapi tak lah lama macam kacau dodol. Pastikan betul2 tiada ketulan tau.

IMG_2234

Hakak pesan awal2. Korang masukkan sikit demi sedikit. Supaya mudah nak godek2 sampai sebati. Kalau masuk sekali gus, haru nak godek sebab berketul2 nanti. Nanti tangan muscle sebelah jangan marah hakak naa.

5. Bila sudah pasti tiada ketulan. Matikan api.

IMG_2237
Gigih hakak godek sampai sebati. Bau time ni rasa nak colek jari je kat dalam adunan. Tapi jangan dibuat. Ada yang melecur pula jari nanti. Takpe, Herbal Blens Shaklee kan ada.Ā 

6. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sebab takut biskut terlebih nanti.

IMG_2238

Masuk sikit2 supaya tak terlebih sangat biskut. Biar nanti nak gaul pun sekata.

IMG_2239

Gaul biar rata. Barulah berkat kek batik korang ni.

7. Sediakan bekas yang anda ingin gunakan untuk letak adunan kek batik. Masukkan dan mampatkan adunan tadi sehabis baik.

IMG_2240

Akak memang suka wrap, sebab nanti senang nak keluarkan dan potong. Kalau korang guna tupperware mak, sila jangan abaikan step ni.

 

8. Biarkan adunan sejuk sebentar. Bila agak2 adunan dah sejuk bersuhu bilik, baru masukkan dalam peti sejuk.

IMG_2241

Tarra.. bagi mampat sampai lekat.

9. Simpan didalam peti sejuk dalam 4 jam. Then bolehlah potong dan makan. Kalau anda simpan lebih dari semalam didalam peti sejuk, setelah keluarkan biarkan kek batik dalam 15-30 min kemudian boleh lah nikmati kek batik anda. šŸ˜†

Senang kan.

Kalau payah juga, korang submit je order dekat hakak. Hakak tolong buatkan. Korang tolong bayar lah ye. Ekekeke

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s