JADILAH PENGGUNA BIJAK. CARA MEMILIH SKINCARE DENGAN BETUL.

“PILIH KOSMETIK DENGAN BETUL”

 

532F1980-C1A8-4F31-8C19-D080F3F50A89-668-000000ADE6D74054

INTEGRITI

“Sistem Notifikasi tidak bagus. Tidak menjamin keselamatan. Tiada analisa dilakukan”
Ujar seorang netizen…

Baiklah, saya mulakan dengan sedikit tinjauan serata negara dalam dunia ini bagaimana kawalan kosmetik mereka.

Setakat dalam pengetahuan saya, carian dan bertanya pada pihak berwajib, belum ada mana-mana negara dalam dunia ini yang mendaftarkan produk kosmetik sebelum boleh dipasarkan dalam negara tersebut.

Kebanyakkannya menggunakan kaedah notifikasi dan pemantauan pasca pemasaran (PMS; Post Marketing Surveillance) sebagai proses regulatori kosmetik dalam negara masing-masing. Malah ada negara yang langsung tiada kawalan.

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.

EB11762E-AD45-45A2-A15E-7A5FE990A1EE-668-000000B08BA9F281

************************

“Sebenarnya apakah maksud notifikasi kosmetik ini?”
Pertanyaan daripada netizen lain pula…

Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.

Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.

Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan…KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Walau bagaimanapun, produk kosmetik bernotifikasi di pasaran akan dipantau secara berterusan dan tindakan regulatori akan di ambil ke atas produk yang gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan.
**********************

“Habis tu, siapa yang kawal kosmetik ini?”
Ujar netizen yang tidak berpuas hati…

Produk kosmetik dikawal secara KAWALAN KENDIRI.

Bermaksud Syarikat yang memasarkan produk kosmetik tersebut bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti, tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi dan memastikan ketulenan produk mereka di pasaran.

“Semudah itu !!” ujarnya lagi…

Seperti yang saya terangkan sekurang-kurangnya kita ada juga sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara ini daripada langsung tiada seperti sesetengah negara lain dalam dunia ini.

Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan.

Cuba bayangkan jika langsung tiada sistem? Jika ada kes kesan sampingan dialami oleh pengguna, bagaimana pihak KKM hendak menjalankan siasatan dan bagaimana proses panggil balik produk boleh dilakukan dengan segera bila maklumat awal berkaitan produk dan syarikat pengeluar langsung tiada dalam simpanan KKM.
*******************

“Apakah Tindakan KKM apabila produk kosmetik dikesan mengandungi bahan terlarang”
Pertanyaan seorang netizen lagi yang ingin mengetahui lebih lanjut…

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat.

KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

B2A2EC36-2F41-4699-8EDC-72B1D0F6D447-668-000000AFDF0ACDB3.jpeg
*********************

“Oleh itu mengapa masalah mencampurkan bahan kosmetik dengan bahan terlarang ini jarang kita dengar berlaku di negara-negara maju?” ujar netizen yang pernah tinggal di oversea…

Jawapannya adalah nilai ETIKA BERNIAGA yang tinggi ditonjolkan oleh pengusaha kosmetik di sana. Walaupun mereka mempunyai sistem yang sama dengan Malaysia malah ada yang tiada kawalan langsung terhadap penjualan kosmetik…namun mereka (peniaga/pengusaha/pengasas kosmetik) ini mempunyai nilai etika berniaga yang tinggi.

Mereka tidak akan melakukan perkara yang akan memudaratkan pengguna produk mereka demi mengaut keuntungan.
**********************

“Senario Malaysia bagaimana tuan?”
Pertanyaan netizen yang inginkan ulasan berkaitan dunia kosmetik di Malaysia…

Lain ceritanya di Malaysia. Sebuah negara sedang membangun, namun segelintir peniaga/pengusaha/pengasas kosmetiknya gagal menyanjung tinggi nilai etika berniaga ini.

Pihak berwajib mungkin lupa menitik beratkan nilai etika berniaga dalam kalangan pengamal industri. Kita mungkin hanya ingin melahirkan ramai pengusaha namun kita terlupa mendidik mereka agar beretika dalam perusahaan mereka.

Mungkin juga ia lebih kepada sikap pengusaha itu sendiri atau terpengaruh dengan kekayaan melampau pengusaha kosmetik sedia ada membuatkan ramai yang terikut-ikut mahu cepat mengaut keuntungan melampau sehingga sanggup melakukan perkara yang melanggar etika dan boleh memudaratkan pengguna produk mereka.
***********************

“Tapi ada sahaja pengusaha yang tidak mencampurkan bahan terlarang dalam kosmetik mereka”
Ujar netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat saya…

Seperti yang saya nyatakan, SEGELINTIR pengusaha kosmetik. Bukan semua. Netizen harus sedar satu lagi senario dalam isu kosmetik ini. Isunya adalah ‘PROMOSI MELAMPAU”.

Ada juga pengusaha yang tidak mencampurkan bahan terlarang dalam produk mereka. Namun mereka giat pula melakukan promosi yang mempunyai tuntutan melampau (Overclaimed).

Sedar atau tidak sedar amalan ini juga tidak beretika kerana menipu pengguna semata-mata ingin melariskan penjualan produk mereka.
*************************

“Oleh itu apakah jaminan keselamatan yang ada kepada para pengguna kosmetik di luar sana selagi segelintir para pengusaha kosmetik ini masih mempunyai masalah integriti?”
Ujar seorang netizen yang hampa dengan situasi kini…

ILMU DAN TINDAKAN.

Yer itu jawapannya.
Masyarakat luar negara tidak mudah menerima sesuatu maklumat tanpa mereka selidik dahulu. Maka kita juga kena ke arah seperti tahap pemikiran masyarakat negara maju.

ILMU; “SEMAK DAHULU”
Semak sama ada produk kosmetik ini bernotifikasi atau tidak. Sekurang-kurangnya jika apa-apa berlaku selepas menggunakan kosmetik ini pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa mengambil tindakan.

3181399E-2904-43EE-8339-79B45F33D713-668-000000AEDC2FC9E4

Jika tidak bernotifikasi….hmmmm kat mana kosmetik ini di buat? Ada status GMP ke kilangnya? Kat mana hendak cari empunya kosmetik ini? Bagaimana hendak teruskan tindakan undang-undang?

Bukan semak bernotifikasi sahaja, semak juga kandungan bahan dalam kosmetik tersebut. Baca label kosmetik tersebut.

Elakkan terus membeli tanpa mengetahui isi kandungan bahan tersebut terutama jika membuat pembelian dalam talian (internet purchasing). Buat penyelidikan, tanya kepada yang ahli.

Elakkan bertanya kepada penjual atau rakan-rakan yang tiada ilmu berkaitan ubat-ubatan dan kosmetik. Tanya mengusaha saloon kecantikan pun cuba elakkan kerana mereka ini penjual produk.

TINDAKAN: “ADUAN & TINDAKAN PERUNDANGAN”
Masyarakat negara maju sangat proaktif dalam membuat aduan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat yang tidak beretika sehingga memudaratkan kesihatan mereka. Di Malaysia budaya ini masih kurang lagi.

Malas membuat ADUAN. Tidak tahu membuat aduan. Malah ada yang menyatakan dengan sombong “ini kerja pihak penguatkuasa, mengapa kita hendak membuat kerja mereka”

Pihak Penguatkuasa Farmasi dalam negara ini cuma ada lebih kurang 700 anggota. Dan bukan semua terlibat dalam seksyen risikan dan serbuan. Tangungjawab mereka adalah terhadap 30 juta rakyat Malaysia.

Bagaimana kita sebagai masyarakat atau rakyat Malaysia yang 30juta ini boleh membantu anggota penguaatkuasa?

Yer, kita contohi sikap masyarakat antarabangsa. BUAT ADUAN !! . Jangan biarkan pengusaha kosmetik yang tidak beretika ini bermaharajalela dan kenyang mengaut keuntungan atas penipuan.

Jika kita PROAKTIF sudah pasti menjadi sesuatu yang digeruni oleh pengusaha kosmetik tidak beretika ini. Secara tidak langsung kita menyantuni mereka ke arah beretika. Jangan biarkan perkara “ma’aruf” (Jahat) berlaku depan mata dengan kerelaan kita.

JOM BUAT ADUAN
Salurkan aduan ke:
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Bagi yang menjadi mangsa kosmetik ini, tampil kehadapan dan ambil tindakan undang-undang ke atas segelintir pengusaha yang tidak beretika ini.

Jika ramai yang buat begini, saya pasti kita akan MENYANTUNI pengusaha-pengusaha ini agar menyanjung tinggi etika berniaga dan tidak membuat sesuatu yang akan membahayakan pengguna.

Panjang pula celoteh saya hari ini, cukup sehingga sini dahulu. Esok (1 Jun 2017) jangan lupa saksikan Selamat Pagi Malaysia TV1 di mana saya akan mengupas isu ini dalam masa dan kesempatan yang diberikan oleh pihak RTM jam 8pagi.

Semoga bermanfaat buat semua

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber/Shared from : https://www.facebook.com/mohd.dziehan/posts/10155366364937630

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s