FOLIC ACID, PENTING KE UNTUK IBU HAMIL?

Ramai ibu-ibu hamil diluar sana masih tidak amalkan Folic Acid kemungkinan kerana rasa tiada kepentingan atau pun kurang ilmu.

Jom Dila kongsikan sedikit penerangan ringkas daripada salah seorang admin dari PW.

[Sesi Ulangkaji Folic Acid]

Ada yang bertanya berkenaan kepentingan ambil folic acid. Boleh tahan juga sesetengah golongan yang mengecam terhadap usaha orang lain.

Taknak makan folic acid(vitamin B9) atau obimin yang dibekalkan ketika mengandung itu TIADA MASALAH tapi perlu faham kenapa kita sarankan ambil. Kalau taknak cakap je, jangan dah beri kat klinik tu pergi buang ke longkang pula.

1) Nak ikutkan anda perlu makan folic acid ni SEBELOM mengandung. Tapi siapa boleh nak agak2 kan? Sebabnya ia adalah antara perkara paling penting sekali dalam perkembangan sel bayi. Digunakan dengan BANYAK sekali. Walaupon size anak tu hanyalah sebesar buah duku. Untuk pelbagai kegunaan.

2) Pada umur kandungan 5-10 minggu, ini merupakan waktu paling penting sekali. Dipanggil organogenesis(penciptaan organ). Waktu ini paling genting sekali sebab bayi anda akan mula membentuk organ yang akan digunakan sehingga dia arwah nanti. Seumur hidup. Sebab itu juga kalau ada sebarang masalah, waktu ini juga paling common, ibu2 akan mengalami keguguran dalam trimester pertama. 

Perkembangan janin dalam kandungan

3) Folic acid(b9) ni paling byk digunakan waktu ini. Sebab bayi itu sendiri tak boleh hasilkan sendiri, dia terpaksa ambil sumber mak dia punya. B9 ini pula mampu disimpan didalam liver(hati) manusia normal atleast untuk 3 tahun.

Keyword = normal. Ketika mengandung, hati ibu2 akan kerja overtime, ada yang memang sah2 ada anemia, ada yang ada masalah hati, ada yang memang tak cukup pon bekalan selama ini. Macam2. So dari mana bayi tersebut nak dapatkan sumber bekalan? Daripada diet belom tentu cukup untuk IBU apetah lagi untuk ANAK?

4) Bila tidak cukup bekalan tersebut, ianya akan mengganggu proses organogenesis tersebut. Ianya boleh menyebabkan apa yang kita panggil sebagai Neural Tube Defects(masalah pembentukan otak dan saraf).

Antaranya Anencephaly(tiada otak terbentuk), Encephaloceles(otak luar drpd tengkorak), Hydranencephaly(air je instead of otak), Iniencephaly(otak tersangkut ke saraf tunjang), paling common kena Spina Bifida(cystica dan occulta). Nak membentuk macam mana dah bahan binaan tersebut TIDAK MENCUKUPI!

5) Kebanyakan perkara yang disebut tidak sesuai dengan kehidupan(incompatible with life). Bukan kita nak berlagak sebagai tuhan tetapi majority akan ada masalah untuk menjalani kehidupan. Contohnya bahagian otak yang mengawal proses pernafasan itu sendiri TIDAK TERBENTUK ataupon TIDAK WUJUD sama sekali. Macam mana kan? Umpama nak naik kereta enjin takde.

6) Kita bukan nak melawan qada dan qadar ketentuan Allah swt tapi bila anda sendiri tahu nak travel ke JB kena isi minyak full tank drpd KL tapi kalau tak buat sedemikian, jangan salahkan orang lain bila tersadai di Ayer Keroh.

7) Kita berikan saranan pengambilan folic acid ini sebab kita sudah mengetahui dan mengkaji sekiranya ianya tidak cukup. Kalau tak percaya boleh lihat dan Google sendiri lebih banyak bilangan kes2 Neural Tube Defects berlaku di negara2 dimana sistem kesihatan mereka tidak sebaik kita(Africa) dan kawasan2 konflik peperangan seperti Syria. Jauh lebih banyak.

8) Nanti ada je yang cakap makan jela secara alami sayur2 dan daun hijau. Admin boleh gerenti mak2 buyung ni takdenye telan itu SAHAJA dalam kuantiti yang mencukupi sepanjang kandungan. Takkan nak makan sebakul bayam tu kan? Ape kelas baik layan Baskin Robbins kan uolssss?

9) Kita bukan nak menidakkan ketentuan. Kita hanya mengambil langkah MENGURANGKAN RISIKO. Sama macam vaksin. Naik motosikal kita pakai helmet. Keluar naik kereta kita pakai seat belt. Letak anak dekat car seat. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, darjah kemudaratan itu dapat dikurangkan. Sekiranya bekalan b9 itu tidak mencukupi for whatever reason, kita dapat cover.

10) Tiada masalah untuk tidak mengambil tapi tak perlu bongkak, riak dan takbur tentang perkara yang kita sendiri tidak faham dengan sepenuhnya. Kalau tuhan nak tunjuk, ianya tetap boleh berlaku. Buat keputusan DENGAN ILMU. Supaya tidak berhuhu menyesal di kemudian hari kelak. Jangan menunggang agama.

-Admin Pethidine-

Bagi Dila, memang penting sangat pengambilan Folic Asid dan untuk ibu hamil dan Dila akan suggest untuk ambil B-Complex Shaklee.


Sama ke B-Complex Shaklee dengan Folic Asid?

Vitamin B-Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B-Complex terdiri daripada:

1. B1 (Thiamin)
2. B2 (Riboflovin)
3. B3 (Niacin)
4. B5
5. B6 (Pyridoxine)
6. B12 (Cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid Panthothenic
9. Biotin

Apa fungsi setiap kandungan dalam B-Complex?

  • B1 (thiamine) dan B2 (riboflavin) adalah penting untuk fungsi saraf (cth migraine) , kesihatan otot dan jantung
  • B3 (niasin) membantu mengawal sistem saraf dan penghadaman serta menurunkan paras kolesterol
  • B5 (panthothenic asid) dan B12 diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan normal
  • B6 menyokong sistem imun dan membantu mengurangan masalah loya (morning sickness)
  • Biotin (B7) terlibat dalam pengeluaran hormon
  • Folic Asid (B9 atau folat) membantu menurunkan risiko kecacatan kelahiran bayi

Hubungi Dila untuk konsultasi dan tempahan.

ATAU segan nak contact Dila, boleh je klik gambar dibawah ni, kemudian tick produk yang anda inginkan.

ATAU dapatkan lebih penjimatan dengan mendaftar sebagai ahli. Klik JOIN NOW , dan isi borang tau.

wp-1485488807932.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s