10 TIPS NAIKKAN BERAT BAYI DENGAN SUSU

Ramai ibu yang berputus asa apabila berat anak tidak naik apabila sesi pemeriksaan anak di klinik. Dan kebanyakkan akan mencadangkan untuk memberikan susu formula kepada anak agar berat badan cepat naik.

Tapi, tahukah anda, tanpa memberikan suau formula pun, anda boleh naikkan berat badan anak anda.

Jom ikuti tips dibawah.

1. Pastikan bayi yang diberi susu ibu mengikut permintaannya, dan ditawarkan penyusuan tanpa had lebih mudah untuk menambah berat badan lebih cepat.

2. Pastikan bayi anda menyusu lebih lama di satu-satu payudara untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk (susu akhiran yang mempunyai lebih banyak kandungan lemak). Jangan tukar-tukar kiri kanan. Kanan tu nasi dan kiri adalah air adalah mitos.

3. Tunggu sehingga bayi lepaskan sendiri sebelum menawarkan payudara yang lagi satu kepada bayi anda. Selepas penyusuan, pastikan anak disendawakan. Atau jika sudah terlena, mengiringkan arah ke kananu mengurangi beban jantung.

4. Susukanlah bayi anda dengan lebih kerap pada waktu malam, ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin lebih banyak terhasil, dan kandungan lemak dalam susu ibu pada waktu malam juga adalah lebih tinggi.

5. Susukan bayi anda dengan kerap ini kerana lagi kerap payudara dikosongkan lebih pekat susu yg akan terhasil. Ini kerana kandungan foremilk (susu cair) akan jadi lebih banyak jika payudara dibiarkan bengkak baru nak pam/perah/direct feeding. Ini menyebabkan kandungan kalori dan lemak dalam susu akan jadi lebih rendah. Pastikan juga jarak masa 2-3 jam sekali untuk kosongkan payudara secara konsisten.

6. Jika perlu, asingkan foremilk dan hindmilk, dan beri anak anda minum minum hindmilk. Cara bagaimana anda dapat mengasingkan foremilk dan hindmilk.
🍼Tips:Jika bayi hanya menyusu direct, pam dan simpan terlebih dulu foremilk dan bagi baby minum hindmilk secara direct.

Jika bagi tujuan perahan untuk simpan (EBM), pam foremilk (sehingga susu pekat mula keluar), henti dan tukar botol. Pam semula hindmilk dan bagi bayi minum hindmilk. 10min pertama adalah foremilk dan 10min terakhir adalah hindmilk.

7. Untuk merangsang lebih banyak kandungan lemak didalam foremilk (susu awal), ibu boleh untuk mengurut payudara semasa bayi menghisap susu secara direct.

Urut perlahan2 atau tuam dgn kain suam.

8. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta mencukupi untuk tenaga harian untuk pastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti (Boleh ambil makanan tambahan untuk tambah tenaga, tingkatkan dan pekatkan susu serta membekalkan pelbagai nutrisi lain).

Pilihan kami semestinya ESP dan Alfalfa.

9. Ibu juga perlukan rehat sempurna dan jauhi segala punca stress. Kawal emosi dan sentiasa positif.

10. Lets down reflex akan berlaku selepas 10min awl sesi pengepaman. Terus sesi seterusnya utk hindmilk. Gunakan corong yg sesuai dgn breasts anda dan suction pam yg smooth.

Tips di atas adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk tambah berat badan anak anda yang masih menyusu badan sepenuhnya.


Namun, diingatkan bayi ada tidak perlu bersemangat atau gemuk gedempol!

Paling penting adalah perkembangan otak, fizikal dan motor skill adalah sejajar dengan perkembangan usia.

Susukanlah bayi anda dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang serta percaya bahawa badan manusia memang tercipta khas untuk hasilkan susu yang secukupnya untuk anak manusia.

Teruskan penyusuan dan Majulah breastfeed untuk anak-anak. 😊 💪

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s