FIRST TIME MOMMY?

16730217_10211011972753820_6150509997062417788_n

Adam Altamis Fresh from The Oven

Bila adik ipar nak bersalin ni, teringat moment masa bersalinkan Adam Altamis.

Masa tu memang rasa lama sangat.
Almaklum anak pertama.
Bukaan lambat sikit.

Masa tu pula, memang ilmu kelahiran yang tahu adalah teran jangan angkat punggung dengan pernafasan jelah. Tapi pernafasan tu memang kelaut jugalah. Hahahaha

Owh, anak first ambil epidural.
Sebab tak tahan lama naa sakit.
Tapi itulah, ambil epidural pun sampai demam-demam masa hujung-hujung proses kelahiran tu.

Siap cakap, β€œDoc, kenapa saya rasa sakit lagi ni. Bukan patut ambil epidural ni tak rasa sakit?”
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Then lepas bersalin tu memang Β Dila p bantai tidur.
Rileks sangat mak kau ni Adam.

Siap esoknya baru pergi tengok Adam, sebab Adam kena tahan nursery untuk close monitoring. Nursery pula dekat tingkat atas.

Dan ketika itu barulah mak kau start kelam kabut bila nak bagi Adam susu badan.

Eh.. eh.. TAKDA SUSU!!!

Siap google lagi cara mengurut nak bagi keluarkan susu badan.

Ingat lagi, telefon nenek Adam minta tolong bawa pump. Jenuh nenek datang dari Tanjong Karang ke Bangi.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Yang lagi buat mak kau ni stress, pump pun tak dapat apa. Rasa nak nangis je tau. Ke dah nangis.. πŸ˜…

Padahal sebenarnya ada je.
Yelah, awal-awal tu kolostrum kan.
Tak sama dengan susu orang yang dah lama bersalin ni.

Cara paling mudah untuk keluarkan kolostrum tu adalah dengan direct feeding.

Haa, tulah. Sebelum bersalin takmo gali ilmu breastfeeding ni. Padan muka diri sendiri.

Owh, bercakap pasal direct feeding ni pun satu hal juga.

Awat payah naa nak latching ni oii…
Haa, kau ingat sua je baby kau pandai hisap sendiri.

Nehii babuji.. Nehii…

Tidak bagi Adam Altamis.
Mak is stress!!!

Bayangkan setiap kali nak latch je nangis.
Sampai terpaksalah jadi EP Mom (Exclusive Pumping Mother) jugalah dalam 3 bulan.

Tapi still jugalah usaha untuk Adam latch. Sebab rangsangan terbaik untuk pengeluaran susu adalah dari hisapan bayi tu sendiri.

Actually sebenarnya, boleh je.
Cuma posisi mak kau ni je salah.

Macam mana tahu?

Sebab mak kau balik kampung tapi tertinggal part paling penting untuk pump iaitu Valve dan Membran.

Nak tak nak kena direct jugalah.

Then entah macam mana cuba pangku Adam dengan bantal bolster yang lembik, mahu pula Adam direct. Kira but macam style guna Nursing Pillow lah.

Start dari hari tu terus mudah.
Mak kau siap beli Nursing Pillow lagi tau. πŸ˜‚

photostudio_1449727928042

Nursing Pillow yang dijahit semula oleh Nenek Adam sebelum bersalinkan Maira.

Baru tahu bertapa bergunanya Nursing Pillow.
Dan Nursing Pillow tu memang time Maira pun Dila guna. Siap bawa p hospital lagi masa bersalin tau sebab memang mudah sangat nak menyusukan baby yang masih fragile ni.

Sekian kisah struggle breastfeed ketika mula-mula jadi first time mummy.

Alah melecet, bengkak susu tu semua pun memang kebanyakkan bf mommies akan kena. Menangis-nangis jugalah dalam hati.

Even time Maira yang pro ni pun kena. Tapi tak kerap la time Maira. Sebab Maira ni sejenis pro nenen sejak keluar dari perut. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s