RAHSIA TURUN BERAT BADAN SEMASA BREASTFEED

Asalammualaikum dan hai.

Hari tu dekat Facebook, Dila ada share tentang Dila buat BODY COMPOSITION ANALYSIS menggunakan KARADA SCAN di Shaklee HQ.

Alhamdulillah, Dila berpuas hati dengan result yang Dila dapat, cuma kena usaha sikit untuk membakar lemak di perut dan dipeha dan gantikannya dengan otot.πŸ˜‚

Selepas Dila share, ramai pula bertanyakan bagaimana Dila turunkan berat badan?

Adakah disebabkan Dila fully BREASTFEED?
Atau adakah disebabkan SUPPLEMENT?
Atau Dila ni memang azali kurus? hehehe

Sejujurnya BREASTFEED dan SUPPLEMENT ni membantu Dila turunkan berat badan untuk dapatkan BERAT IDEAL.

Azali kurus?
Hakikatnya, orang luar akan nampak Dila kurus, tetapi sebenarnya tidak.
Sebab sebelum amalkan supplement ni Dila rasa badan Dila ni BERAT je dan TAHAP KEMALASAN yang tersangatlah tinggi.

BETUL KE BREASTFEED BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN?

Bukan semua ibu menyusu itu akan kurus kerana proses penyusuan. Ada yang akan kurus cepat, ada yang tak kurus-kurus, ada yang makin bertambah berat badan.

Seperti yang kita ketahui, proses penyusuan itu sendiri membantu untuk membakar kalori iaitu 500 kalori sehari.

Tetapi proses ini akan menggalakkan ibu menyusu berasa KERAP LAPAR. Ini normal ye. Sebab Dila pun akan kerap lapar selepas menyusukan Maira dan Adam.

So, bila ibu kerap lapar, adakah ia lesen untuk kita makan apa sahaja yang dihidangkan dihadapan mata?

Jadi dalam konsep penurunan berat badan kita kena tahu berapa kalori keluar dan berapa kalori yang masuk.

Disini, Dila nak kongsi formula ringkas tentang kalori.

  • Kalori MASUK > Kalori KELUAR = Berat Badan BERTAMBAH
  • Kalori MASUK < Kalori KELUAR = Berat Badan BERKURANG
  • Kalori MASUK = Kalori KELUAR = Berat Badan MAINTAIN

Dari sini ibu-ibu dah tahu kan mengapa ada berat yang turun, ada yang maintain, malah ada yang bertambah-tambah.

ADAKAH PENGAMBILAN KALORI IBU MENYUSU ADALAH SAMA DENGAN ORANG LAIN?

Pernah tak terfikir kenapa lepas bersalin badan kita tidak terus kembali kepada bentuk yang asal? Rasa nak je suruh lelemak ni keluar sekalikan masa bersalin tu. Ahahaha

Percaya tak kalau Dila bagi tahu yang lelemak tulah yang membantu kita untuk hasilkan susu selepas bersalin. Bayangkan kalau kita takda lelemak tu, macam mana kita nak hasilkan susu badan dan berikan kepada bayi.

Walau bagaimanapun, KALORI TAMBAHAN diperlukan melebihi had pengambilan sebelum kehamilan kita untuk berikan TENAGA yang cukup untuk membekalkan keperluan bayi kita yang sedang membesar.

Jadi jangan risau kalau kita asyik rasa lapar. Sebab kita sebenarnya perlukan kalori lebih untuk susukan anak. Tapi ini tidak bermakna kita ada lesen untuk makan secara berlebihan tanpa sepadan tau.

CARA UNTUK DAPATKAN BERAT IDEAL KETIKA MENYUSU

1. DIET YANG SIHAT

Fokus pada pengambilan BIJIRAN PENUH seperti nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayuran segar dan makanan yg banyak memberikan PROTEIN, KALSIUM, ZAT BESI. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.

2. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Ibu menyusu WAJIB minum air masak secukupnya untuk mengekalkan bekalan susu. Kalau orang yang tak menyusu pun perlukan sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3L sehari, ibu menyusu pula WAJIB lebihkan keperluan air daripada biasa.

Sebab apa?
Sebab komposisi susu badan itu sendiri terdiri daripada AIR dan LEMAK. Jika keperluan air dalam badan TIDAK MENCUKUPI, maka TERJEJASLAH PENGHASILAN SUSU.

Macam mana nak tahu keperluan air untuk diri sendiri?
Dila kongsi formula ringkas ni, sebab keperluan air dalam badan untuk setiap individu adalah berbeza.

Setiap 25kg perlukan 1 Liter air.

3. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN

Tidak dinafikan, pengambilan makanan tambahan juga membantu untuk dapatkan berat ideal ketika menyusu. Antara supplement yang Dila amalkan untuk dapatkan berat ideal adalah ESP, ALFALFA dan LECITHIN.

Kenapa ESP– merupakan sumber protein terbaik yang memberi rasa kenyang yang lebih lama serta tenaga yang berpanjangan. Ianya juga membantu memekatkan susu ibu selain memberikan kulit wajah yang cantik, halus mulus dan bebas jerawat.

Kenapa ALFALFAmengangkut lemak yang dibakar dan yang dipecahkan tadi keluar dari badan melalui pembuangan air besar. Selain itu, Alfalfa juga membantu mempercepatkan penghasilan susu, malah juga untuk detox.

Kenapa LECITHIN– Berfungsi memecahkan lemak di dalam badan dan mencairkan kolestrol. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita.

Kalau ikutkan, Dila amalkan ESP dan Alfalfa sebagai ni MILKBOOSTER tau.

Tapi itulah, dengan Shaklee bukan setakat Milkbooster je dapat, siap pakej BERAT IDEAL sekali.

Happy breastfeeding everyone.

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi Dila di:

 

FADILAH KASHIM
β™₯ Contact No 014-6201281
β™₯ Emel : shafdilaproject@gmail.com

β™₯ FB: www.facebook.com/shakleeshafdila jemput klik LIKE page fb ini 

β™₯ IG: http://www.instagram.com/shaklee_shafdila

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s