Kebergantungan Pada Allah

Asalammualaikum semua.

Alhamdulillah hari ni Dila dapat sertai kelas perkongsian kejayaan daripada sideline Dila, Elyana.

Ya Allah.. tak boleh nak ungkap dengan sharing beliau tentang bagaimana beliau boleh berubah 360 degree hanya untuk berjaya dalam Shaklee. Rasa terkesan sangat dengan perkongsian beliau.

Dila kongsikan sedikit perkongsian daripada beliau semoga kita dapat sedikit manfaat bersama.

Elyana atau nama panggilan manja El sertai Shaklee pada September 2015. Beliau ni seorang ahli Farmasi tau. Masa tu beliau hanya jadi ahli Shaklee untuk makan sendiri. Tapi bila makan sendiri pun beliau boleh dapat bonus Shaklee, beliau terus bersemangat nak buat bisnes Shaklee.

Masa awal-awal beliau buat Shaklee, beliau fokus untuk mencari customer. Masa tu bagi beliau, KALAU NAK DUIT LEBIH, KENA USAHA LEBIH. Segala tips softselling, hardselling, instagram beliau cuba buat.

Tanpa beliau sedar, beliau mula mengabaikan anak, suami dan family. Padahal masa tu beliau sedang berpantang tapi banyak habiskan masa dengan phone sahaja. Sampai kena perli tau sebab anak beliau lebih rapat dengan suami beliau.

Sampai lah satu hari ni beliau stress sangat sebab dah cuba usaha macam-macam, tapi beliau still ditakuk yang lama. Tak naik-naik rank Supervisor langsung. Padahal dah usaha macam-macam ni tapi hasil tak memberangsangkan. Banyak benda dah dikorbankan belum masuk kesibukan dengan kerja hakiki sebagai pegawai farmasi.

Kemudian, beliau cuba untuk semak kembali apa kekurangan beliau. Semak kembali apa yang kesalahan yang beliau lakukan dan perlu perlu ubah.

Ada beberapa perkara perlu ubah;

✔Jangan rasa anak itu penghalang, sebaliknya sebagai pembakar semangat , budak tetap budak dan dia perlukan perhatian. Manage balik masa sebaiknya andara anak dengan bisnes.

✔Jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu terlebih dahulu, setelkan cepat-cepat kemudian curi masa selagi boleh curi, stay up untuk business

✔Teruskan follow tips-tips yang Mentor ajar untuk marketing. 

Masa ni, memang 360 darjah beliau cuba ubah. Memang susah nak manage masa, rasa serabut. Dalam masa sehari pun susah nak buat sharing dekat FB dan Instagram.

Then beliau sedar dan letakkan kebergantungan kepada Allah. Sebab Allah yang pegang hati manusia ni. Doa secara spesifik kepada Allah. Alhamdulillah, Allah permudahkan beliau untuk naik Supervisor dan seterusnya ke Senior Supervisor.

Perasan tak kekadang bila kita rasa kita dah berusaha sungguh-sungguh, tapi Allah belum berikan kejayaan yang kita inginkan. Kita salahkan takdir. Tanpa kita sedar, kita dah salahkan Allah. Nauzubillah min zalik.

Padahal Allah nak uji kita. Allah nak sedarkan kita yang kejayaan itu sendiri terletak padaNya. Allah nak kita rapat denganNya. Allah nak kita bicara denganNya. Usaha tu dah bagus dah. Tapi hubungan dengan Allah kita tak jaga pula. Tanggungjawab kita pada yang utama kita tak jaga.

Tiba-tiba Dila teringat zaman SPM dulu bagaimana Dila letakkan kebergantungan pada Allah terutamanya ketika paper Addmath. Dila bukan hebat sangat Addmath ni, tapi bila cikgu Dila usaha sungguh-sungguh nak tengok Dila berjaya, Dila rasa Dila perlu balas jasa beliau dengan berikan yang terbaik.

Wallahi, Allah permudahkan Dila jawab semua soalan-soalan masa tu. Memang Dila rasa masa jawab peperiksaan tu mudah sangat. Hanya satu dua soalan sahaja yang Dila rasa macam musykil sikit tapi Dila serahkan sepenuhnya kepada Allah. Masa tu tak sampai sejam Dila jawab. Tapi memang tak mugkin Dila keluar awal lah kan. 😅

Percayalah, sebelum ni memang payah naa lah nak LULUS paper Add math ni. Masa kalau trial atau test memang jenis dapat belas-belas je. Memang kalau boleh nak nyorok je paper Addmath tu. Pernah tak sampai 10 markah pun ada.

Masa tu rasa macam, Ya Allah bodohnya lahai aku ni. Bayangkan sampai cikgu suruh Dila duduk kat meja guru kat depan kelas tu untuk buat pembetulan depan dia. Masa tu rasa malu sangat sebab nampak naa aku ni paling tak pandai dalam kelas. 😭

Alhamdulillah hasil kebergantungan ni pada Allah, Allah hadiahkan Dila A1 dalam Addmath. Memang rasa macam mimpi masa tu. Ni bukan bangga nak cakap dapat A1 tau. Ni Dila sharing bagaimana Dila letakkan kebergantungan pada Allah masa tu. 😉

So bila terfikir balik, kenapa sekarang ni Dila sombong pula dengan Allah. Jarang nak mengadu pada Allah. Jarang nak meminta pada Allah. Kenapa mencari kejayaan dalam bisnes dengan hanya usaha semata-mata. Padahal Allah pemegang kunci segala kejayaan.

Jom kita ubah diri. Kita ubah segala-galanya.

Ambil masa sejenak untuk kita kaji kat mana kekurangan diri kita. Kita kaji mana kesalahan diri kita.

Ni Dila sharing bukan takat untuk bisnes je tau. Untuk kejayaan dalam kehidupan. Tak kisahlah nak berjaya dalam pelajaran ke dalam pekerjaan ke. Kita kaji diri kita balik.

Usaha, Doa dan Tawakal.

Love,

Your Future Leader

DILA | 014-6201281

Founder of THE GREAT EMPIRE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s