Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya lahir juga baby kedua Dila ketika usia kandungan 40minggu 3hari iaitu pada 26 Disember 2015.

Perasaan?

Lega bercampur gembira. Akhirnya penantian berakhir. Hahaha.

Dekat sebulan jugalah Dila menunggu. Almaklum, abang Adam Altamis lahir masa 38weeks. So bajet baby akan lahir lebih kurang abang dia atau lagi awal. Tup tup tup, overdue sampai ke 40 weeks. Nak kata false alarm, memang banyak kali. Bila start je contraction timer, terus hilang. Masa tu memang ‘Alsobru minnal iman’ sungguh.

Alhamdulillah, sepanjang proses kelahiran, Allah permudahkan. Sakit? Siapa yang tak sakit ketika melahirkan anak? Hehehe.


25hb Dis 2015

Masa nak masuk mahgrib, perut Dila dah rasa memulas. Rasa macam orang sakit perut salah makan tu. Tapi bila ke toilet tak membuang pun. Huhu

So, apa lagi. Meh le kita menggogle tanda-tanda bersalin. Almaklum, pengalaman bersalin lain-lain even anak pertama dan anak kedua. Owh, rupanya perut memulas rasa macam cirit birit tu pun salah satu tanda nak bersalin. Alrite. Checked.

Then, ajak inche husben pergi makan malam dekat Bangi alang-alang memang nak beli air zam-zam dekat Bangi Gateway. Tapi kali ni, kita angkut sekali barang-barang nak camping dekat hospital sebab instinct Dila time tu memang kuat rasa macam nak bersalin.

Masa tu tak start timer contraction lagi. Tapi adalah rasa contraction mild dengan kerap. Lebih kurang dalam 10min sekali. (Time ni memandai je cakap dengan inche husben 10min sekali padahal tak kira pun. Main agak-agak je).

Sampai je dekat Bangi Gateway, Dila ikut follow husben sekali berjalan pergi beli air zamzam. Masa ni tak rasa pulak contraction. Alamak, takkan false alarm lagi kot. Mama dah ready fizikal dan mental tau baby.. Wuwuwuwu

Then, masa makan, contraction makin kerap. Time ni, Dila dah start contraction timer dah. Adalah dalam 6 ke 10 minit sekali. Masa ni, inche husben dah inform mak pak dia dah untuk ready tolong jagakan abang Adam Altamis.

On the way balik dari makan malam, inche husben tanya sama ada nak p hospital terus atau balik rumah dulu. Since, Dila masih rasa terlalu awal lagi nak serah diri, kita balik rumah dululah kan. Atleast, Mak Abah boleh ambil Adam kat rumah. Tak payah Adam tertunggu mama dia buat CTG kat hospital nanti.

Sampai dekat rumah, solat isyak semua tiba-tiba contraction hilang. Okey, mama is panic. Haha. Mak Abah dah ada kat bawah ready untuk ambil abang Adam Altamis ni. Kalau false alarm buat malu je ni.. Kih3

Lepas Mak Abah ambil abang Adam p rumah adik ipar, contraction datang sekali lagi. Okey, kali ni makin kerap n rasa kuat sikit dari tadi. Dalam jam 11.30 kami pun bergerak lah ke Hospital AzZahra Bangi. (Sama tempat lahirkan Adam Altamis dulu)

Buat CTG then check bukaan. Masa ni bidan kata contraction 3 kali dalam masa 10min. So dia check bukaan pulak. Luar 1cm dalam dah 3cm (Konfius ada luar n dalam eh? Haha). Since dah overdue, Doc Mashita suggest untuk masuk wad terus.


26hb Dis 2015

Makanya berkelah lah kami didalam wad ‘Siti Aisyah’. Masuk2 wad macam biasalah, inche husben memang terus tidur, kumpul energy katanya. Macam dia pulak nak bersalin.

Then nurse datang untuk masuk ubat bontot bagi buang segala pusaka harta khazanah yang terperangkap. Macam biasa, tak sampai 5 minit dia masukkan, terus Dila ke toilet. Hahaha.

Then sambung tidur kumpul energy untuk bersalin nanti. Tapi macam biasa, memang tak lena lah lagi2 bila contraction tu datang. Jam 4 pagi, contraction makin kerap dan kuat. Time ni memang entah berapa kali dah tawaf berjalan dalam bilik wad kecil tu. Inche husben? Opkos masih tidur sebab time ni takmo ganggu dia sebab sakit masih boleh tahan.

Dalam jam 5 pagi, memang tak boleh tahan dah sebab dah sakit contraction dah tangkap sampai ke pinggang. Kejut inche husben untuk urut belakang setiap kali contraction datang.

Dalam jam 5.30 pagi, nurse pulak masuk untuk check tekanan darah, suhu badan dan tanya sama ada contraction makin kerap atau tidak. Then datang seorang lagi nurse untuk check nadi dan buat CTG. Selepas buat CTG dalam lebih kurang 15 min, nurse inform yang bidan akan datang untuk check bukaan dalam jam 7 pagi dan akan masuk Labour Room (LR). So dia pesan siap2 mandi terus dan solat subuh.

Jam 7 pagi, bidan tak sampai2 lagi. Dila siap counting jam lagi sebab nak tahu bukaan dah berapa. Hahaha. Orang lain kalau boleh tak mahu kena seluk, ni Dila terbalik pulak sebab teruja nak tau bukaan dah berapa.

Sementara menunggu bidan, time tu memang contraction tak yah cakaplah. Tak menahan sakitnya. Hampir2 putus asa nak minta ubat tahan sakit hokeh. Padahal, sebelum tu beriya sangat nak bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan kan. Siap cakap dekat inche husben, boleh tak nak ambil ubat tahan sakit je. Tak tahan dah ni. Tapi hakikatnya, masih boleh tahan je. Manja je terlebih. Inche husben suruh tekan button panggil nurse, minta ubat tahan sakit. Tapi entah kenapa, ego punya pasal tak panggil-panggil pun. Kih3

Akhirnya, dekat jam 7.45 pagi baru bidan datang check bukaan. Time ni memang muka dah berkerut-kerut menahan sakit. Bidan siap pesan berhenti minum air zamzam atau air selusuh, sebab takut jalan tak buka tapi contraction kuat. Minum bila dekat LR dan bila bukaan dah besar (Pesan yang sama juga dapat masa bersalinkan Adam dulu). Dila time kat dalam wad, memang minum air zamzam je. Hehe

Alhamdulillah, bukaan dah dah 5 ke 6 cm. Yes, tinggal lagi berapa cm je lagi. Hahaha. So berjalan le kita masuk ke LR. Masa ni nurse offer kerusi roda. Opkoslah Dila prefer berjalan supaya bukaan lagi cepat. Lagi pun bukan jauh mana pun, lagi2 bila bilik dekat je dengan lif. Berapa langkah je pun nak sampai LR dekat tingkat bawah. Hahaha

Masa dekat LR Dila request baring mengiring kekiri masa dia nak pasang ctg sebab Dila ada baca untuk cepatkan bukaan kena baring mengiring. Dalam jam 8.30 pagi, Doc Mashitah (Doc yang sama sambut Adam Altamis lahir) check bukaan. 6-7 cm dah dan Doc pecahkan ketuban (Masa Adam dulu ketuban pecah sendiri). Opkos lepas pecah ketuban, sakit contraction makin kuat. Time ni memang tak tahan dah, terus tekan loceng minta ubat tahan sakit. Hahaha.

Tapi, opkoslah ubat tahan sakit ni memang tak buat hilang sakit pun. Cuma buat Dila mengantuk je. So dapatlah save energy sikit. Sempat tido gaklah time contraction tak ada, tapi masa contraction kuat datang, memang terjaga teruslah. Ni bukan ubat tahan sakit ni, ni ubat tidur adalah.. Huwaaa..

Masa bukaan 8-9cm, memang tak terkontrol dah. Hahaha. Nak tahu tak bukaan berapa masa Dila mula teran?

Masa bukaan 9cm. Sila jangan tiru okey. Tapi yang kelakarnya, duk sibuk tanya inche husben. ‘Bang, sayang terberak ke?’. Penangan duk baca pengalaman orang bersalin dekat blog lah ni. Padahal kepala baby kat bawah tu. Siap cakap nurse, ‘ Saya rasa macam nak terberak dah ni. Tak tahan.’ Ahaha.. Adoii..

Alhamdulillah, Jam 10.37 pagi lahirlah SOPHEA NOUR HUMAIRA BINTI MOHD SHAFIZAL dengan 3 kali push dari mama dia yang manja ni.

IMG_20151226_170705

Ingatkan berat Sophea lebih daripada Adam Altamis, almaklum overdue seronok sangat duk dalam perut mama dia. Rupanya 3kg je kurang 100gm dari abang dia.

Disebabkan walid dia beriya nak namakan Humaira masa dalam kandungan lagi, tup2 terlekat pipi kemerah – merahan sampai sekarang. Hehe

Perbezaan masa lahirkan Adam Altamis dengan Sophea Nour Humaira?

Bezanya, masa Adam, Dila guna epidural tapi masa Sophea mama dia tekad nak bersalin normal. Konon nak rasa feel sakit bersalin tapi terkalah pulak minta ubat tahan sakit. Kih3


Kos bersalin di Hospital Azzahra?

Kos dia berbeza mengikut situasi dan keadaan masa kita bersalin (maksud Dila komplikasi ketika bersalin).

Masa Adam, dalam 8K lebih sebab duk berkampung dekat 5 hari kat situ. Tapi masa Sophea, kos dalam 3K lebih sebab kami berkampung dalam 1 hari je. Hehehe

Tapi kat Hospital Azzahra ada je pakej bersalin yang affordable tapi kongsi bilik 4 orang lah. Macam Dila, kami pilih single bed. Almaklum, support dari inche suami penting sangat (manja terlebih). Lagipun company inche husben kerja cover bilik sampai RM160 dan bilik single dekat Hospital Azzahra minimum adalah RM155.

IMG_20151217_081010

Advertisements

One thought on “Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s