Persiapan Ke Hospital Untuk Bersalin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini usia kandungan Dila dah masuk minggu ke-38. Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, memang susah sangat nak dapat tidur yang lena. Tidur mengiring kekanan kena tendang, mengiring kekiri pun kena tendang, mana satu yang baby nak pun Dila tak tahu. Hehehe

Memandangkan dah hujung-hujung kehamilan ni, jom Dila kongsi persiapan yang diperlukan untuk ke hospital.


Persiapan untuk Bayi;

1) 2 pasang Baju Lengan Pendek

2) 2 pasang Baju Lengan Panjang

3) 4 pasang Mittens & Booties

5) 4 helai Barut

6) 3 helai Bedung

7) Blanket

8) Topi

9) Pampers

10) 1 helai Tuala Bayi

11) 3 helai Sapu Tangan Kecil

Untuk persiapan bayi, Dila awal-awal asingkan baju untuk perjalanan pulang dalam plastik seal. Ini bertujuan memudahkan husben Dila untuk serahkan kepada nurse nanti.

photostudio_1449728003266

Memandangkan Dila bersalin di Hospital Azzahra, mereka menyediakan baju untuk bayi pakai selepas bayi lahir. Mereka hanya meminta baju bayi untuk dipakaikan ketika pulang sahaja.

Walaupun begitu, Dila still sediakan kelengkapan seperti diatas. Mana tau tiba-tiba kena bersalin di hospital kerajaan. Sediakan payung sebelum hujan. Hehehe


Persiapan Untuk Ibu;

1) 2 pasang Baju

2) 2 helai Kain Batik

3) 1 pek Seluar Dalam Pakai Buang.

Kenapa Dila suggest seluar dalam pakai buang?

Sebab untuk memudahkan momies agak tidak perlu menyental seluar dalam bersungguh-sungguh. Almaklum, darah nifas akan keluar agak banyak selepas bersalin. Jadi, memang akan melekat di seluar dalam. Jika mommies memakai seluar dalam pakai buang, mommies hanya perlu cuci untuk hilangkan darah kemudian buang. Less Stress, Happy Mummy!

4) Maternity Pads.

Nak guna Pads Overnight pun boleh. Lagi panjang, lagi bagus..hehehe

5) Tuala

6) Tudung

7) Selipar.

Penting ni untuk ke toilet nanti.

8) Toiletries.

Ubat gigi, berus gigi, Sabun, dll.

9) Stokin Tebal

Bagi yang nak keluar hospital dengan vogue macam Che Ta, bolehlah bawa set makeup sekali. Hehehe


Bakul

Bakul ni bukan sebarang bakul tau. Bakul ni penting untuk bawa bekalan makanan mommies. Almaklum, nak bersalin ni, mommies perlukan tenaga.

Bayangkan kalau mommies tak ada tenaga, macam mana nak meneran ketika bersalin nanti?

1) Thermos

2) Kurma & Biskut

Ini bagi Dila sangat penting. Almaklum, cepat lapar bila mengandung ni. Hehe.

Kurma ni bagi Dila dah jadi benda wajib lah kot. Boleh bawa masuk bilik bersalin untuk dimakan. Kurma ni bagus untuk membekalkan tenaga segera kepada mommies. So jangan skip makan tau.

3) Air Zam-zam & Air kosong/mineral

4) Milo 3-in-1

5) Supplement Shaklee

Supplement Shaklee ni pun dah jadi wajib kena bawa. Supplement yang Dila bawa adalah Vitamin C , B-Complex dan Vitalea. Kalau mommies nak tambah Zinc pun boleh untuk penyembuhan luka selepas bersalin.


Penting!!

1) Buku Merah / Buku Pemeriksaan Klinik Kesihatan.

Ini sangat-sangat penting supaya pihak hospital dapat tahu jika mommies mempunyai komplikasi sepanjang kehamilan atau kehamilan terdahulu.

2) Kad Pengenalan Ibu

3)Guarantee Letter

Ni kepada penjawat awam, anda kena pastikan anda bawa GL tau. Macam Dila, pun kena bawa sebab Dila guna GL dari company husben Dila.

Untuk semua dokumen-dokumen penting ni, Dila suggest supaya mommies semua simpan dalam satu clear file folder. So nanti senang, tiada yang tercicir, terhilang atau pun tertinggal.

photostudio_1449790210390

4) Handphone & Charger

5) Baby Carseat.

Ini pun penting. Keselamatan perlu diutamakan. Bagi Dila, Dila lagi suka letakkan baby dalam carseat sebab lebih selamat. Dila hanya akan pangku baby bila menyusu sahaja sebab menyusu badan.

Sebenarnya direct breastfeed dalam kereta pun tidak digalakkan tau sebab bahaya. Hehehe

6) Nursing Pillow

photostudio_1449727928042

Yang ni Dila tambah je. Nak bawa boleh, tak nak pun boleh. Dila bawa untuk memudahkan breastfeed baby nanti di Hospital. Senang. Belajar daripada pengalaman yang dahulu.


So momies semua dah siapkan barang-barang persiapan ke hospital belum?

PicsArt_12-10-01.46.28

Bila masa yang sesuai untuk buat persiapan?

Bagi Dila, minggu ke-32 dah sesuai untuk siapkan segala persiapan. Kita bukan pasti baby nak keluar bilakan. Mahu dia buat kejutan, tak ke mommies terkejut dan tak bersedia. Dila pasti mesti ada je barang yang akan tertinggal nanti.. Hehehe

PicsArt_12-08-04.33.43

Advertisements

One thought on “Persiapan Ke Hospital Untuk Bersalin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s