Work At Home Mama (WAHM)

Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog Dila. Ini adalah blog kedua Dila khas untuk sharing tips dan pengalaman sepanjang Dila bergelar mama.

Dila sebelum ni, adalah working mama. Kemudian diberi kebenaran oleh suami Dila untuk berhenti kerja dan menjaga Adam Altamis dirumah.

Dila bukanlah merancang untuk jadi suri rumah sepenuh masa pun. Hanya diberi rehat sebentar oleh suami Dila sehingga bersalin anak ke-2, sebab hari-hari duk membebel kat dia tension dengan tempat kerja baru.

Tapi apa yang membuatkan Dila rasa nak work from home dengan kuat adalah anak-anak. Rasa seronok pantau dia membesar depan mata walaupun kadang-kadang ada rasa kepenatan dan hilang sabar sikit. Hehehe

So since dah takada duit bulanan dan untuk menampung perbelanjaan diri sendiri setelah berhenti kerja, Dila join jadi vendor dekat kedai berhampiran dengan rumah. Hanya berniaga kek batik sahaja memandangkan kos tidaklah tinggi untuk membuatnya dan tahan lama. So, tak perlulah buat stok hari2. Alhamdulillah, setakat ini masih ada permintaan walaupun tidaklah sampai laku keras.

Kemudian, Dila nampak satu peluang untuk menambah lagi pendapatan iaitu menjadi ejen dropship perfume De’xandra. Bagi Dila menjadi dropshipper ni lagi mudah sebab tak perlu memegang stok dan percentage kerugian tu agak rendah.

Jujurnya, Dila memang tak tahu menahu langsung pasal perfume ni. EDP ke EDT ke memang tak tahu beza. Since dah join biz ni, nak tak nak Dila memang kena study. Macam mana nak jual kalau kita pun sendiri tak tahu produk yang kita jual. Betul tak? Sebab itu Dila keep sharing info dan tips sebab sambil Dila sharing sambil Dila belajar. ‘Give and take’ kata mat salleh.

Tapi Dila rasa masih ada rasa tak cukup lagi bila berbisnes. Dila kekurangan skill berbisnes, cara pengurusan, cara iklan. How? Masuk kelas? Mana nak cekau duit beriban-riban untuk masuk ke ke kelas.

Dari situ terdetik hati Dila nak join Shaklee bawah naungan Master Nana Macarona (Spectacular). Actually Dila dah friend dengan Master Nana dalam FB sebelum beliau berniaga Shaklee lagi. Almaklum Master Nana ni dulu housemate kawan Dila. Hehe.. So Dila follow jatuh bangun beliau dari FB. Dari sebelum beliau berniaga Shaklee sampai beliau berjaya sehingga tahap sekarang ni.

FB_IMG_1449565104038

Tapi Dila tak direct terus ke Master Nana, Dila jumpa dengan sahabat baik Dila, Farah Madiha yang juga dibawah naungan Master Nana. Dila tanya macam2 kat dia sampai jawapan dia boleh meyakinkan Dila. Sebenarnya benda Dila paling takut untuk berbisnes Shaklee ni takut tak berjaya. Sebab ramai orang disekeliling Dila join, so masih ada market lagikah kalau Dila buat bisnes yang sama? Bila sahabat Dila kata, percaya rezeki dari Allah, tersentap juga. Pernah juga baca status ni dari Master Nana. Insaf sekejap.

padylah-20151208-0001

So, bila dah join under Master Nana ni, macam-macam tips dapat. Cara followup, cara hardselling, cara softselling, cara dekatkan diri dengan Allah pun diterapkan sekali.

Alhamdulillah. Rasa macam beruntung juga join. Rasa macam kenapalah aku tak join awal-awal dulu. Tulah, negatif je memanjang.

Bila dah bagi tips, nak kena implement pulak kan. Since Dila ada anak kecik yang otak sedang berhubung ni, memang struggle sikit nak study tips bisnes, study produk, update status, update blog. Mostly Dila akan sambil2 buat time dia tengah imaginasi bermain dengan mainan2 dia. Kadang2 terpaksa tunggu si kecil tido, baru idea datang mencurah-curah. Maka bermulalah episod ‘Burning the midnight oil’ macam zaman study dulu. Hahaha.

Tapi, semua ni InsyaAllah takkan mematahkan semangat Dila. Dila kena fokus, mesti ada target. Kena susun jadual and daptkan rentak. Dah taknak macam dulu-dulu dah. Macam-macam alasan beri sampai bisnes tak berjaya.

Dila nekad untuk fokus bisnes Shaklee. Jika orang lain yang lagi teruk situasi dari Dila boleh berjaya, kenapa Dila tidak.

“Ya Allah, kau jadikanlah bisnes Shaklee Fadilah berjaya..

Kau tabahkan hati Fadilah dalam bisnes Shaklee ini..

Jauhkan hati Fadilah dari sifat malas dan putus asa.

Kau permudahkan rezeki Fadilah didalam bisnes Shaklee ini, Ya Allah..

Kau jumpakan Fadilah dengan orang yang benar2 berjaya..

Ya Allah, kau permudahkanlah Fadilah untuk mencapai target2 dia didalam bisnes ini..

Hadirkanlah insan2 yang berjiwa besar untuk Fadilah bantu untuk sama2 berjaya Ya Allah..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..”

Terima kasih kerana bersama2 mendoakan Dila agar berjaya dalam bisnes Shaklee ini. InsyaAllah..

Shafdila

SID yang berjiwa besar

PicsArt_12-08-04.33.43

Advertisements

One thought on “Work At Home Mama (WAHM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s